|
|
1 |
|
|
|
|
|||
|
1 |
|||
|
Peti surat 3, 89300 Telupid, Sabah, Malaysia. |
|||
|
1 |
Telefon : 089-521730 / Faksimili : 089-521731 |
Laman Web : http://www.skpekantelupid.edu.my |
|
|
|
|||
|
Muka Depan - Pengenalan - Logo/Lagu Sekolah - Perkembangan Fizikal - Sejarah/Profil Pentadbir - Galeri - Anugerah - Direktori Email |
|||
|
|
|||
|
|
||
|
|
||
| Bangunan pertama serta rumah guru yang telah dibina adalah diperbuat daripada simen (untuk lantai dan separuh dindingnya), kayu dan zing.Luas bangunan ini hanya boleh menampung dua kelas sahaja.Kemudian pada penghujung tahun 1969, pihak mission membina sebuah sekolah dan rumah guru lagi sama seperti bangunan yang lama. Ia mula digunakan pada awal bulan Januari 1970.Disebabkan bilangan bilik darjah tidak mencukupi, maka kedua-dua bangunan ini dibahagikan (partitioned) untuk menampung kelas-kelas yang ada.Tidak ada lagi bangunan tambahan didirikan hingga pada tahun 1981, Pihak Kerajaan Negeri melalui tindakan Daerah Telupid/Beluran telah membina sebuah bangunan (2 bilik darjah) yang diperbuat dengan kayu, zing dan berlantaikan simen. | ||
| Sekolah ini mengalami kesukaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran disebabkan kekurangan bilik darjah dan bilik seperti; Bilik TV Pendidikan,Pusat Sumber dan bilik menyimpan alat-alat dan kelengkapan lain. Oleh sebab itu, kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sekolah ini mengubahsuai sebuah rumah guru yang dijadikan Bilik Pusat Sumber,Pejabat Guru Besar, Pejabat Penolong Kanan dan Bilik Kerani.Untuk menampung kelas agama, satu bilik khas telah dibuat dengan menyambung bangunan lama.Bilangan murid terus meningkat dan keseakan bertambah rumit. Disebabkan kesesakan ini, maka pada tahun 1985, pihak sekolah terpaksa mengadakan dua sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang hinggalah pada bulan Ogos 1987 di mana murid-murid Tahap 1 ( Tahun 1,2,dan 3) dipindahkan ke bangunan lama SMK. Telupid dan kesemua kelas belajar sidang pagi.Pada tahun 1988, kesemua 13 buah kelas telah dipindahkan ke bangunan tersebut. Di kawasan yang baru ini terdapat empat bangunan untuk bilik darjah dan setor serta bilik-bilik khas seperti Bilik Guru, Pusat Sumber,TVP, Muzik dan Perdagangan. Kantin sekolah juga lebih luas dan selesa.Perpindahan murid-murid ke tempat yang baru ini telah mengatasi masalah kekurangan bilik. | ||
| Pada mulanya sekolah ini menerima bantuan dari Jabatan Pendidikan dari segi gaji guru-guru dan beberapa keperluan murid sahaja. Sekarang ianya menerima bantuan penuh seperti buku-buku teks, alat-alat dan kelengkapan lain di samping bantuan dari Yayasan Sabah berupa minuman susu, pakaian seragam dan alat-alat tulis.SRJK St. Martin telah ditukar kepada SK. Pekan Telupid. | ||
| Hari ini, sekolah ini telah mencapai banyak perubahan yang membanggakan dari segi fizikal dan prestsai akademik dan juga ko-kurikulum. Sekolah kini mempunyai 12 bilik darjah, masing-masing sebuah bilik Pentadbiran, Pusat Sumber, Makmal Sains, Makmal KDP, Bilik SPBT, Bilik Kadazan Dusun, dan sebuah Makmal Teknologi Maklumat . | ||
|
|
|
Muka Depan - Pengenalan - Logo/Lagu Sekolah - Perkembangan Fizikal - Sejarah/Profil Pentadbir - Galeri - Anugerah - Direktori Email |
|
|