1

 

1

Peti surat 3, 89300 Telupid, Sabah, Malaysia.

Email : skpekantelupid@skpekantelupid.edu.my

1

Telefon : 089-521730 /  Faksimili : 089-521731  

Laman Web : http://www.skpekantelupid.edu.my


Muka Depan - Pengenalan - Logo/Lagu Sekolah - Perkembangan Fizikal - Sejarah/Profil Pentadbir - Galeri - Anugerah - Direktori Email

 

 

 

 

 

PENGENALAN

Pada tahun 1967, pihak Mission Roman Khatolik telah membina sebuah bangunan sekolah dan rumah guru di kawasan tanah kepunyaannya di Daerah Kecil Telupid. Kawasan ini agak jauh dari kawasan perumahan dan di kelilingi dengan pokok-pokok besar. Sekolah ini dinamakan St. Martin's Primary School, dan dibuka pada 11 September 1967 dengan mempunyai 49 orang murid dan hanya seorang guru.Bahasa penghantarnya ialah Bahasa Inggeris.

    Murid-murid ini diagihkan kepada dua kelas iaitu Darjah 1 bagi mereka yang tidak ada asas membaca, menulis dan mengira dan Darjah 2 bagi mereka yang mempunyai sedikit kemahiran serta yang telah meningkat umur. Kedua-dua kelas ini kemudian dinaikkan darjah setelah sekolah dibuka semula pada tahun 1968 di mana satu lagi kelas ditambah menjadikannya tiga kelas. Setiap tahun bilangan kelas itu bertambah sehingga pada bulan Januari,1971, sekolah ini mempunyai enam kelas iaitu dari Darjah 1 hingga Darjah 6.

      Bilangan kelas ini berterusan sehingga akhir tahun 1979. Pada Januari 1980, pendaftaran bagi murid-murid Darjah 1 amat pesat dan pihak sekolah terpaksa mengadakan dua kelas untuknya.Pada tahun-tahun yang berikutnya, setiap darjah mempunyai dua kelas dan pada tahun 1987, bilangan kelas ialah 12 buah. Pada tahun 1988, Tahun 1 mempunyai 3 buah kelas dan adalah dijangka bertambah kelas setiap tahun akan berterusan kerana penduduk di Telupid dan sekitarnya semakin bertambah dan tentulah bilangan murid di sekolah ini juga akan bertambah.

      Seperti sekolah-sekolah lain, penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dilaksanakan pada tahun 1970 bagi murid-murid Darjah 1 dan seterusnya sehingga kesemua kelas menggunakannya.Pada tahun 1983, sekolah ini melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan pada tahun 1988, pengajaran bagi kesemua kelas adalah berdasarkan pada kurikulum itu.

 

VISI

Guru Cemerlang, Murid Gemilang , Sekolah Terbilang

\

MISI

  Meningkatkan kualiti dan kecemerlangan akademik

     
  Meningkatkan kualiti dan kecemerlangan Ko-kurikulum
  Melahirkan murid-murid celik 3M, berpengetahuan dan baik sahsiah
Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria
 

PIAGAM  PELANGGAN

 

  • Melayani dan memberi kerjasama yang terbaik kepada ibubapa yang berurusan  dengan sekolah;

  • Mewujudkan budaya cemerlang demi memenuhi tuntutan pendidikan berkualiti menerusi pendekatan “ Zero Defect ”;

  • Mewujudkan budaya sekolah yang mematuhi disiplin, bersopan-santun, hormat-menghormati dan berkertrampilan dalam menghadapi segala cabaran;

  • Menyediakan kakitangan yang bertanggungjawab berdisiplin, komited, bermuafakat dan mengamalkan urusan kerja “ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” ;

  • Mewujudkan sekolah penyayang dan menghidupsuburkan budaya ilmu dengan penumpuan kepada keyakinan bahawa setiap anak didik adalah berhak kepada pendidikan, belas kasihan, berpotensi  dan berkebolehan untuk bertanding dengan dirinya sendiri demi mencapai tahap kecemerlangan.

 

 
 

Guru Besar

Encik Maha Bin Nain

 
         

PK Kokum

Encik Dinsin Samunduh

 

PK Kurikulum 

Kosong

 

 

PK HEM

Puan Faridah Kuanting

 

Penyelia Petang

Puan Jocelyn J.Liling

   
 

Setiausaha

Puan Marinah Anthony

 
     
 

Bendahari

Kosong

 
     
 

Pegawai Maklumat

Encik Mohd.Razali Sulaiman

Puan Dzol Gundongoh

 
   
 

Pembantu Tadbir N17

Puan Adriana J.Lung

 
   
 

Kerani Pentadbiran N11

Encik Mickey Pisang

 
   
 

Pekerja AM N1

Puan Sariah Asamat

 
 

 

 

Muka Depan - Pengenalan - Logo/Lagu Sekolah - Perkembangan Fizikal - Sejarah/Profil Pentadbir - Galeri - Anugerah - Direktori Email